Tanggal pada 16 Disember 2008 seluruh penghuni pangsapuriku telah dikejutkan dengan terputus bekalan elektrik. Selama dua jam kami tidak dapat untuk berbuat apa-apa. Waktu pula ketika itu mula berlabuh senja. Hampir jam 8 malam tiba-tiba 'pop'!! Ya, lampu dan perkakasan elektrik yang lain sudah boleh digunakan. Hampir bergegar jugalah pangsapuri itu dengan sorakan gembira tiap penghuni.
Dan ketika itu aku mula berfikir. Ya, begitu penting bekalan elektrik ketika zaman yang serba moden ini. Tanpanya memang satu kerja pun tidak dapat dilakukan. Dan manusia sekarang memang tidak boleh hidup tanpa bekalan elektrik. Kegunaan elektrik itu telah benar-benar memanjakan kita sebagai seorang manusia. Kita tidak boleh lagi hidup dalam keadaan bergelap dan tidak sempurna. Kita mula merungut bila elektrik tiada walaupun untuk jangka masa yang sekejap. Ya, dunia sudah berubah. Banyak yang telah berubah. Dan kebanyakkannya menyebabkan manusia suka memanjakan diri sendiri dan tidak mahu lagi bersusah payah. Andai kata satu hari nanti bekalan elektrik terputus seluruh dunia, bagaimanakah keadaan dunia nanti yer? Fikir-fikirkanlah.....