![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMlobasoOgq6A2we4zgSIaMWCvvoA_tSkv7HGLHXZNMMaXjfIY_y_ZuAsrd8DtQ1-H1q0-PD-GAfV23jjFGlUva3p5FbNYkVRbDX79IY4uDT2-3zB4YVqAGcweNUQtDjNO0lqa11zVgim4/s320/nadia1.jpg)
Assalamualaikum....
Alhamdulillah seminggu sudah tidak menjenguk Versi Epal ini berikutan kesibukan kerja yang melanda. Akhir tahun ini lah satu bengkel yang agensi saya libatkan diri dan dibuat peringkat antarabangsa. Ramai juga peserta dari luar negara yang sudi untuk menghadiri bengkel kami.
Sepanjang bengkel ini berlangsung, kami ada meletakkan satu slot yang dinamakan 'Field Trip'. Di mana pada 3 Disember 2008 kami membawa peserta-peserta dari luar negara ke Kuala Selangor.
Ya, kenangan semalam cukup mengamit daku untuk menjadikannya sebagai kenangan terindah sebelum menutup tirai 2008 dalam diri ini. Sepanjang lawatan kami dari jam 7.30 pagi hingga 12.00 malam saya dan rakan-rakan yang lain (Wani, Ieda, Nurul, Aishah & kak Ct) bagaikan penghibur dan penceria untuk majlis lawatan pada hari berkenaan. Lucu rasanya bila teringat kembali kenangan tersebut. Dan saya rasakan ianya hanya sebentar. Walaupun kepenatan kami mampu melemparkan senyuman untuk menghiasi gambar-gambar sebagai kenangan.
Perasaan yang dialami itu tidak dapat digambarkan betapa indah dan seronoknya apabila kita cuba untuk merasai keseronokan yang kita ciptakan itu. Tiada yang susah untuk merasai keseronokan yang ingin kita kecapi. Jadi cubalah untuk mencipta sesuatu kenangan yang indah walaupun kita semakin meningkat dewasa. Siapa kata zaman kanak-kanak itu adalah kenangan yang paling terindah. Kita juga mampu buat kenangan zaman dewasa kita adalah satu kenangan yang lebih indah. So you guys out there.. try to make yourself happy. Don't ever think what people gonna say... Be yourself.

No comments:
Post a Comment